Chinese Authors | English Authors | Malays Authors

 
Tarikh : 31st Mei 2009 (Ahad)
Masa : 11:30 am - 1:00 pm
Tempat : Stage 1
Tema : Forum Yakjuj Makjuj
Pensyarah : Mohammad Alexander Wisnu Sasongko
     

Wisnu Sasongko @ Muhammad Alexander adalah seorang pensyarah dan pengkaji di Jabatan Daerah & Perancangan Bandar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Brawijaya, Bandar Malang, Jawa Timur, Indonesia.

Penglibatan beliau dalam aktiviti penulisan bermula sejak dibangku sekolah menengah dengan penghasilan puisi-puisi. Pada tahun 1994, beliau pernah menjadi Ketua Umum Majalah Kampus 'Solid' di Universiti Brawijaya. Pada tahun 2003, beliau sudah menghasilkan karya Armageddon Peperangan Akhir Zaman dan Armageddon Antara Petaka & Rahmat pada tahun 2008.

 

 
Tarikh : 5th Jun 2009 (Jumaat)
Masa : 3:30pm - 5:00pm
Tempat : Stage 1
Tema :

Sesi Motivasi

Pensyarah : Dr.Tengku Asmadi
     

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad adalah pakar motivasi terkenal dan pengasas kursus Motivasi Alihan Pelajar yang dimulakan sejak tahun 1996. Beliau sering dijemput oleh pihak media massa bagi memenuhi slot motivasi di televisyen.

Selain daripada itu, beliau juga sering menjadi penulis tamu bagi majalah terkenal bagi penulisan motivasi dan kaunseling. Dr. Tengku Asmadi sudah menghasilkan dua buah buku bestseller iaitu Motivasi Alihan Pelajar dan Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif.

 
Tarikh : 5th Jun 2009 (Jumaat)
Masa : 5:30pm - 7:00pm
Tempat : Stage 1
Tema : Sesi Bertemu Peminat
Pensyarah :

Ain Maisarah

     

AinMaisarah adalah penulis novel remaja popular PTS. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 2005 secara sambilan untuk MAXIS. Setiap cerpen beliau dimasukkan ke dalam aplikasi Fonovela MAXIS yang boleh dibaca melalui telefon bimbit (kini dikenali sebagai MBOOK). Karyanya mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan mencatat jualan muat turun tertinggi. Pada tahun 2006 AinMaisarah menghantar karya pertamanya kepada pihak PTS dan ia diterbitkan.

Dua tahun menjadi penulis, AinMaisarah sudah berjaya menghasilkan sepuluh buah buku iaitu; Aku Mahu Popular, Aku Mahu Saiz S, Aku Mahu Buli, Aku Mahu Teman tapi Mesra, Aku Mahu ke New York 1, Aku Mahu ke New York 2, Impiana, Impiana 2, Tak Bisa Memilihmu dan yang siri baru Buletin Sri Bangsar: Kini Berwajah Baru.

 
Tarikh : 6th Jun 2009 (Sabtu)
Masa :

2:30 pm - 3:30 pm

Tempat : Stage 1
Tema : Soal Jawab Perkahwinan Islam
Pensyarah : Zawiah Hassan
     

Zawiah Hassan mempunyai pengalaman luas dalam pembentangan kertas kerja di seminar-seminar dalam dan luar negara. Beliau juga adalah salah seorang ahli panel dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam, penceramah dalam kursus pra perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Islam (MBKPI) dan aktif menyampaikan ceramah di surau-surau, masjid dan jabatan kerajaan.

Beliau sudah menulis dua buku berbentuk soal jawab iaitu 501 Persoalan Fikah Wanita dan 501 Soal Jawab Perkahwinan Islam bersama PTS Publications.

 
Tarikh : 6th Jun 2009 (Sabtu)
Masa : 5:30 pm - 6:30 pm
Tempat : Stage 1
Tema : Bicara Buku
Pensyarah : Parlindungan Marpaung
     

Parlindungan Marpaung adalah pakar psikologi dalam bidang industri dan organisasi. Sejak di bangku universiti lagi beliau cenderung dalam bidang latihan dan perkembangan dan masih lagi terus mengasah kemampuannya sehingga hari ini.

Berbekalkan pengalaman dan pendidikan, beliau membawa banyak perubahan pada syarikat-syarikat seperti farmasi, tekstil, perbankan, penerbitan dan pemerintah sehingga beliau digelar The Inspiring Trainer.

 
Tarikh : 7th Jun 2009 (Ahad)
Masa : 11:30 am - 12.30 pm
Tempat : Stage 1
Tema : Bicara Kewangan
Pensyarah : Shamsuddin Kadir
     

Shamsuddin Kadir adalah jurulatih dan penceramah bahagian kewangan dan motivasi kerjaya. Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perakaunan dan berpengalaman dalam bidang kewangan, pentadbiran, pemasaran, operasi dan hartanah.

Kini beliau amat aktif menyampaikan kursus dan ceramah di pejabat-pejabat kerajaan, swasta dan NGO. Beliau juga menjayakan kursus motivasi bagi pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti.

Aktif menulis dalam majalah termasuk Dewan Ekonomi. Antara buku yang sudah dihasilkan adalah Kaya dengan Rumah, Buat Duit dengan Rumah dan Makan Gaji tetapi Kaya.

 

  Copyright © 2010. Read Malaysia. All Rights Reserved. Sitemap